SHOLAWAT KHUSAIRIYAH
Sholawat khusairiyah adalah sholawat yang di dapat langsung dari ilham.
Dengan nama AllÁh, Yang Maha Pengasih, Yang Maha Penyayang. Puji-pujian bagi AllÁh, yang telah mengurniakan kepada kita keimanan, serta selawat dan salam ke atas penghulu bagi seluruh alam, dan ke atas ahli-ahli keluarga dan para sahabat baginda, pada setiap waktu dan masa. Dan sesudah itu. Telah diriwayatkan daripada syaikh bagi umat ini, imam bagi segala imam, penghulu bagi orang-orang yang berpangkat, ketua bagi segala ketua-ketua wali AllÁh, pembantu rohani yang teragung, yang paling mulia di antara orang-orang yang dapat memberikan perlindungan, penghuluku ‘Abdul QÁdir al-JÏlÁnÏ, bahawa beliau telah berkata kepada sesetengah daripada saudara-saudara beliau pada jalan AllÁh: Ambillah engkau sekelian selawat ini daripadaku, kerana sesungguhnya aku telah menerimanya melalui ilham daripada AllÁh Ta‘ÁlÁ. Kemudian, aku telah mempersembahkannya kepada [roh] an-NabÏ ÃallallÁhu ‘alaihi wa sallam. Aku telah berkehendak untuk bertanyakan baginda akan kelebihannya (yakni kelebihan bagi selawat ini). Tetapi baginda telah pun memberitahuku sebelum aku sempat bertanyakan kepada baginda, dan baginda telah bersabda kepadaku: Sesungguhnya, baginya satu kelebihan yang terlalu agung, tiada terkira (yakni tiada dapat dihitung akan kelebihannya). Dan sesungguhnya, ia akan menaikkan si pemiliknya (yakni orang yang mengamalkan kumpulan selawat ini) ke setinggi-tinggi darjat dan akan menyampaikannya ke sejauh-jauh matlamat. Dan sesiapa yang bermaksudkan dengan ia akan sesuatu urusan, tiadalah akan ditolakkan daripadanya dengan sia-sia. Dan tiadalah akan dikecewakan harapannya. Dan tiadalah akan ditolak doanya. Dan sesiapa yang membacanya, walaupun hanya satu kali sahaja
ataupun dia membawanya, akan diampunkan oleh AllÁh dan juga bagi sesiapa yang berada di dalam majlisnya. Apabila sampailah ajalnya, akan hadir di sisinya empat orang malaikat rahmat. Yang pertama akan mencegah syaitan daripada dirinya. Yang kedua akan mengilhamkan dia [untuk mengucap] dua kalimah syahadat. Yang ketiga akan memberinya minum satu gelas air al-Kauthar. Yang keempat [akan membawa] di tangannya sebuah talam daripada emas yang dipenuhi dengan buah-buahan dari Syurga dan akan memberikannya khabar gembira mengenai tempat tinggalnya di dalam Syurga. Dan dia akan berkata pula kepadanya, “Khabar gembira untukmu, wahai hamba AllÁh.” Maka dia pun akan melihat kepadanya (yakni tempat tinggalnya di dalam Syurga itu) dengan matanya sebelum keluar rohnya. Dia akan memasuki kuburnya dengan rasa aman sentosa, sukacita dan bergembira. Tiadalah dia akan merasa kesunyian diri dan tiada pula [dia akan merasakan] kesempitan [kubur]. Dan akan dibukakan baginya empat puluh pintu daripada rahmat dan yang seumpamanya daripada cahaya. Dan apabila dia dibangkitkan pada Hari Kiamat, seorang malaikat akan memberikan khabar gembira kepadanya dari pihak kanan, dan dari pihak kiri pula seorang malaikat akan membuatnya merasa aman sentosa. Dia akan dipakaikan dua helai pakaian [yang lembut dan indah] dan akan dibawakan kepadanya seekor kuda yang laju untuk dinaikinya. Dan tiadalah dia akan merasakan rasa dukacita dan tiada pula rasa penyesalan. Dan dia akan dihitungkan dengan penghitungan (ËisÁb) yang mudah (yakni ringan). Dan ketika dia menyeberangi Jambatan (ÃirÁÇ), Neraka akan berkata kepadanya, “Lalulah engkau dengan segera, wahai orang yang telah diberikan kemerdekaan oleh AllÁh. Sesungguhnya, aku telah diharamkan ke atasmu.” Dan dia akan memasuki Syurga berserta dengan orang-orang yang terdahulu. Dan akan diberikan kepadanya di dalam Syurga empat puluh kubah yang diperbuat daripada perak putih. Pada setiap kubah ada sebuah mahligai yang diperbuat daripada emas. Pada setiap mahligai ada seratus khemah yang diperbuat daripada cahaya. Pada setiap khemah ada seratus katil (atau sofa) yang diperbuat daripada kain sutera yang disulami emas. Di atas setiap
katil (atau sofa) ada seorang bidadari, yang telah dijadikan daripada kewangian yang paling harum dan keadaannya adalah seperti bulan pada malam penuh (yakni sangat cantik seperti keadaan malam di mana bulan sedang mengambang penuh tiada dilindungi awan). Kemudian akan diberikan kepadanya apa yang tiada pernah dilihat oleh mata, dan yang tiada pernah didengar oleh telinga dan yang tiada pernah terlintas di hati manusia.” Menurut satu khabar daripada baginda ÃallallÁhu ‘alaihi wa sallam, pada malam baginda dibawa naik kepada Tuhan baginda, ‘Azza wa Jall, telah bertanya al-JalÏl Jalla wa ‘AlÁ, “Milik siapakah bumi ini, wahai MuËammad?” Baginda telah menjawab, “Milikmu, wahai Tuhan.” Maka Dia telah bertanya lagi, “Milik siapakah seluruh langit ini, wahai MuËammad?” Baginda telah menjawab, “Milikmu, wahai Tuhan.” Maka Dia telah bertanya lagi, “Milik siapakah segala hijab ini, wahai MuËammad?” Baginda telah menjawab, “Milikmu, wahai Tuhan.” Maka Dia telah bertanya lagi, “Milik siapakah al-KursÏ ini, wahai MuËammad?” Baginda telah menjawab, “Milikmu, wahai Tuhan.” Maka Dia telah bertanya lagi, “Milik siapakah engkau, wahai MuËammad?” Maka ketika itu, telah bersujud an-NabÏ ÃallallÁhu ‘alaihi wa sallam dan rasa malu telah menahan baginda daripada mengatakan sesuatu. Telah berkata pula al-JalÏl Jalla wa ‘AlÁ, “Engkau adalah milik orang yang berselawat ke atasmu. Akan bertambahlah kemuliaan dan kebesarannya.” Maka telah berkata lagi penghuluku ‘Abdul QÁdir al-JÏlÁnÏ: “Sesungguhnya selawat ini adalah bersesuaian dengan hadis ini. Dan sesungguhnya, ia adalah pembukaan tujuh puluh pintu rahmat. Dan ia akan menzahirkan keajaiban-keajaiban dari jalan
Syurga. Dan ia adalah lebik baik daripada memerdekakan seribu jiwa, dan mengorbankan seribu binatang, dan bersedekah seribu keping wang emas, dan berpuasa seribu bulan. Di dalamnya ada rahsia yang tersembunyi, dan dengannya akan menjadi mudah segala rezeki, dan akan menjadi baik akhlak, dan akan tertunai hajat-hajat, dan akan dinaikkan beberapa darjat, dan akan dipadamkan dosa-dosa, dan akan ditutupi segala keaiban, dan akan dijadikan mulia orang yang hina.” Dan telah berkata pula penghuluku MakkÏnuddÏn (si pengukuh agama, yakni salah satu daripada nama-nama panggilan bagi asySyaikh ‘Abdul QÁdir al-JïlÁnÏ): “Tiadalah [patut kumpulan] selawat ini diberikan melainkan kepada seorang lelaki dewasa yang ÃÁliË lagi sempurna. Dan ia (yakni kumpulan selawat ini) sempurna sifatnya dan juga dikurniakan dengan beberapa pengurniaan. Apabila si pemiliknya (yakni orang yang mengamalkan kumpulan selawat ini) dijadikan berdukacita oleh satu urusan dari segala urusan, setiap selawat darinya akan menjadi wasÏlah baginya di sisi an-NabÏ yang mulia, dan setiap ayat [al-QurÁn] darinya akan memberikan syafÁ‘ah di sisi Penaung Yang Maha Agung. Ia adalah selawat bagi mereka yang berselawat, dan adalah QurÁn bagi mereka yang berzikir, dan adalah peringatan bagi mereka yang menerima peringatan, dan adalah wasÏlah bagi mereka yang bertawasul. Ia adalah Selawat al-QurÁn al-KarÏm, dan aku telah menamakannya BasyÁ’irul BasyÁ’irul BasyÁ’irul----KhairÁt KhairÁt KhairÁt dan ia adalah::::
Tidak ada komentar:
Posting Komentar